Logo Loading
Bagaimana Nak Kenal Pasti “Skin Type”

Bagaimana Nak Kenal Pasti “Skin Type”

Soalan berkenaan skin type ni biasa ditanya bila kita nak cuba satu-satu produk. Ada sesetengah produk tu diformulasikan bagi menyelesaikan masalah kulit yang tertentu.

Sama ada dalam kategori yang memiliki masalah kulit berminyak, kulit kering, kulit kombinasi atau kulit normal.
Jadi macam mana nak kenal pasti SKIN TYPE kita?

Caranya mudah je sebenarnya. Apa yang korang lakukan hanya dengan mencuci muka macam biasa. Selepas cuci muka, korang perlu tunggu dalam 30 minit hingga 1 jam (jangan pandai-pandai pakai toner ke, moisturizer ke).

Result hanya akan diketahui selepas 30 minit keatas.
1) Jika kulit berminyak, ia bermakna skin stype korang KULIT BERMINYAK
2) Jika kulit rasa kering, muka rasa ketat maka skin type korang KULIT KERING
3) Jika bahagian T-ZONE (Dahi, Hidung dan Dagu) je yang berminyak, dan kawasan lain kering, maka skin type KULIT KOMBINASI
4) Jika kulit rasa biasa-biasa takde seperti yang dinyatakan diatas, maka skin type korang KULIT NORMAL

Sangat peting sebenarnya untuk kita kenal SKIN TYPE sebelum ambil keputusan untuk apply apa-apa produk. Sebab sayang kan kalau kita beli produk, tapi last-last tak sesuai dengan kulit muka kita. Bukan je bahaya tapi buang duit.

Korang dah tau kan skin type kulit korang, bolehlah korang decide nak pakai skin care yang sesuai.
Selamat Mencuba!

Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Enter your keyword