Logo Loading
Masalah Kulit Yang Sangat Dibenci Oleh Wanita

Masalah Kulit Yang Sangat Dibenci Oleh Wanita

Fitrah wanita sukakan kecantikan dan semestinya mereka ingin mendambakan kulit yang cantik dan bebas dari sebarang masalah kulit. Namun begitu, rata-rata wanita masa kini terdedah dengan pelbagai jenis masalah kulit akibat daripada pemakanan dan persekitaran yang akhirnya mendatangkan kesan kepada wajah.
.
5 MASALAH KULIT INI SANGAT DIBENCI OLEH WANITA.
1) MUKA BERMINYAK
Muka berminyak terutamanya di bahagian T-ZONE sangat merimaskan. Bila dah berminyak, kulit jadi melekit dan ini situasi ni akan merangsang pertumbuhan jerawat. Ramai yang kata factor keturunan dan genetic, hormone dan stress. Kalau korang dah try consume produk, tapi kulit masih berminyak sebaiknya berhenti kerana akan menyebabkan masalah kulit yang lain.

2) WAJAH BERJERAWAT
Kulit berjerawat ni berpunca dari stress, pemakanan, penggunaan produk kosmetik yang tak sesuai tau, korang tak bersihkan wajah dengan teliti lepas guna makeup. Masalah jerawat ni normal. Nak elakkan jerawat kena kurangkan stress, kurangkan makanan berminyak dan minuman berkabonat.

3) JERAGAT
Jeragat bukanlah masalah kulit yang bahaya tapi kehadiran jeragat membuatkan kulit nampak tidak sihat. Jeragat ni lahir hasil dari pembentukan minyak, bakteria yang terdapat pada liang-liang roma dan sel kulit mati. Tak dinafikan bila kulit kita terlalu terdedah dengan sinaran UV akan mendorong pembentukan jeragat.

4) KULIT KUSAM TAK BERMAYA
Kulit akan kelihatan kusam dan tak bermaya apabila seseorang memiliki tona muka yang tidak sekata. Kulit kusam biasanya menyerang mereka yang menghadapi stress berpanjangan, rehat yang tidak mencukupi. Ambil mudah soal penjagaan kulit dan hanya mencuci muka ala kadar mendorong lahirnya kulit kusam.

5) KULIT KERING
Kulit kering ni lazimnya berpunca dari pemakian produk kosmetik yang tak sesuai dengan kulit. Amalkan makanan yang tinggi kandungan Omega-3 agar dapat mengembalikan kelembapan kulit dan gunalah masker yang sesuai untuk merawat kulit kering.

Jangan putus asa dengan masalah kulit yang korang hadapi.Terus cari jalan untuk selesaikan masalah kulit. Gunalah produk dari bahan yang organic walaupun kesannya lambat, tapi lebih selamat untuk mendapatkan kulit yang sihat berpanjangan.

Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Enter your keyword