Logo Loading
Rahsia Kecantikan Wanita Arab Yang Ramai Tak Tahu

Rahsia Kecantikan Wanita Arab Yang Ramai Tak Tahu

RAHSIA KECANTIKAN WANITA ARAB YANG RAMAI TAK TAHU

Wanita arab memang terkenal dengan kecantikan semula jadi. Kulit glowing, putih mulus tanpa make up. Natural Beauty lah katakan.
Tapi….. Mereka nak dapatkan Natural Beauty ni bukan boleh goyang kaki je tau tanpa usaha. Beauty is Pain mesti kena ada effort Uolls! Rupanya wanita arab dah amalkan 3 perkara ni yang menjadi formula yang mahal untuk dikongsikan.

1) JAGA PEMAKANAN
Wanita arab sangat teliti dan berjaga-jaga dalam memilih makanan. Ye lah makanan ni kan jadi darah daging. So mereka percaya kalau nak cantik kena mula dari dalam. Jadi mereka elak dari makan-makanan yang tinggi pengawet dan bahan pewarna. Kalau perasan wanita Arab suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang semula jadi tau.

2) BIJAK PILIH PRODUK KOSMETIK
Kalau nak tau wanita Arab ni sanggup berhabis duit hanya untuk dapatkan produk yang berkualiti dan yang penting bebas bahan kimia. Mereka bijak pilih produk kosmetik dan jarang sekali wanita arab pilih botox atau laser untuk kelihatan cantik.

3) AMAL MAKANAN SUNNAH
Nama pun pemakanan sunnah sudah pasti tinggi dengan khasiat. Mereka amalkan madu, zaffaron, habatussauda, minyak zaiton, buah delima dan cuka epal atau tamar.

Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Enter your keyword